Penganjuran program ini bertujuan untuk memberi pengalaman dan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris secara ‘hands-on learning’.
Ia juga bertujuan menyuntik minat dan keinginan murid-murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti ko akademik disamping mencungkil bakat-bakat baru dan seterusnya akan memupuk tahap keyakinan diri yang tinggi dikalangan murid-murid.
Objektif :
1. Menggalakkan perkembangan komunikasi dengan menggunakan Bahasa Inggeris dikalangan murid-murid.
2. Menanam kesedaran tentang kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa yang wajib dikuasai.
3. Memberi peluang kepada murid-murid untuk belajar Bahasa Inggeris dalam suasana yang menyeronokkan.