Mengikut apa yang tercatat dalam buku Harian Sekolah dan
Papan Peringatan, juga maklumat daripada Pengerusi PIBG yang pertama iaitu Tuan
Hj Daud Bin Jusoh menerangkan bahawa Sekolah Kebangsaan Pasir Tinggi ini dibuka
pada 1hb. Jun 1957.
Menurut
Tuan Hj Daud, nama sekolah ini mengambil sempena nama Kampung Pasir Tinggi
kerana pada waktu itu hanya ketua Kampung Pasir Tinggi sahaja yang ada. Melalui
usaha Tuah Hj Daud dan beberapa orang penduduk kampung, mereka bermesyuarat dan
meminta untuk menubuhkan sebuah sekolah.
Apabila
diluluskan mereka bergotong royong untuk membina sebuah bangsal yang dibuat
daripa buluh dan batang nibong. Mereka membinanya di atas sebidang tanah yang
luasnya lebih kurang 4 ekar yang terletak di Kampung Pantai Ali. Tanah ini
dimiliki oleh seorang yang berhati mulia yang ingin melihat anak bangsanya
menuju kearah kejayaan dan maju dalam bidang pendidikan terutamanya dalam
bidang ilmu agama. Beliau adalah Encik Musa bin Murah yang tinggal dikampung
Bukit Tadok, Kuala Telemong.
Ukuran
bangsal tersebut ialah 60 kaki dan lebarnya adalah 24 kaki. Murid pada waktu
itu adalah seramai 40 oarang termasuk
lelaki dan perempuan. Ianya ditadbir oleh seorang guru yang dibantu oleh pihak
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu sebagai “Sekolah Rakyat”. Guru besar yang
pertama yang bertugas disini ialah En.
Mohamad Bin Kasim.
Pada 1hb.
Julai 1964, sebuah bangunan baru telah dibina. Bangunan itu mula digunakan pada
13hb. Oktober 1964. Bermula dari tarikh tersebut, nama sekolah telah ditukar
kepada Sekolah Kebangsaan Pasir Tinggi.
Dalam tahun
80’ an, dua buah bangunan lagi telah dibina. Sebuah bangunan telah dijadikan
sebagai bilik guru dan pejabat dan sebuah lagi dijadikan bilik-bilik darjah.
Pada tahun 1994 pula, sebuah bangunan tambahan dua tingkat telah siap dan boleh
digunakan. Bagunan itu juga digunakan sebagai bilik-bilik darjah dan juga
sebuah perpustakaan.
Pada tahun
2004 juga pihak sekolah mendapat sebuah bangunan baru yang menempatkan pejabat
sekolah. Pada tahun 2005 pula, SK Pasir Tinggi telah mendapat sebuah bangunan
kantin bagi mengantikan kantin lama yang kurang memuaskan. Bangunan kantin lama
itu telah dibaik pulih dan telah dijadikan sebagai bilik guru yang baru dan
lebih selesa. Dalam tahun itu juga sekolah ini telah menerima sebuah bangunan
makmal computer yang menempatkan sebanyak 12 buah computer yang lengkap dengan
kemudahan pelayaran jalur lebar(internet).
Pada bulan
Julai 2006, SK Pasir Tinggi telah mendapat peruntukan daripada pihak
kementerian untuk membina sebuah bangunan makmal sains yang baru menggantikan
bilik sains lama yang kurang kelengkapan.