PROGRAM PENGUKUHAN BAHASA INGGERIS "SMART ENGLISH" PERINGKAT DAERAH HULU TERENGGANU.


Merupakan acara tahunan yang dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan DiRaja Sultan Mizan.
Penganjuran program ini bertujuan untuk memberi pengalaman dan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris secara ‘hands-on learning’.
Ia juga bertujuan menyuntik minat dan keinginan murid-murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti ko akademik disamping mencungkil bakat-bakat baru dan seterusnya akan memupuk tahap keyakinan diri yang tinggi dikalangan murid-murid. 
Objektif :
1. Menggalakkan perkembangan komunikasi dengan menggunakan Bahasa Inggeris dikalangan murid-murid.
2. Menanam kesedaran tentang kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa yang wajib dikuasai.
3. Memberi peluang kepada murid-murid untuk belajar Bahasa Inggeris dalam suasana yang menyeronokkan.