KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG

Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan Ke-55 Tahun 2012

Pada tanggal 17 Julai 2012 yang lalu, warga SKPT telah berjaya meraikan Majlis Pelancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Sempena Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan Ke-55 Tahun 2012. Pihak sekolah telah menjemput YDP PIBG En. Ibrahim Bin Nordin selaku tokoh untuk menyampaikan ucapan berkaitan dengan kemerdekaan.

Pelbagai aktiviti berjaya dijalankan pada hari tersebut. Antaranya :

1. Nyanyian lagu-lagu patriotik.
2. Bacaan sajak oleh murid-murid yang mengambil bahagian (Bahasa Melayu dan Inggeris)
3. Pantun
4. Bercerita
5. Syair

Majlis yang diadakan ini dapat memberikan impak yang besar kepada semua murid untuk lebih menghargai dan menyayangi Jalur Gemilang dan juga negara kelahiran mereka Malaysia.












SENAMROBIK SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN





Program Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia telah diadakan pada 10 Julai 2012 (Selasa) bertempat di Dataran SK Pasir Tinggi pada jam 8 pagi