MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 21 2012

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Pasir Tinggi ini merupakan mesyuarat kali ke 21. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membantu dan menambahbaik usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan murid-murid di dalam kegiatan mereka. 

Selain itu, mesyuarat ini juga bertujuan memberi peluan kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah untuk berunding diantara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan murid-murid sekolah ini amnya. 

Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Zawawi b. Ismail (PJK) Adun kawasan Kuala Berang pada 1 April 2012 pada jam 2.20 petang di Dewan SK Pasir Tinggi.