PROGRAM GURU PENYAYANG

Majlis pelancaran Program Guru Penyayang diadakan pada 18 Mac 2012 iaitu pada hari Ahad. Program ini bermula pada jam 8 pagi di dataran Ilmu SK pasir Tinggi. Penyayang mebawa maksud perbuatan atau perlakuann menyayangi , mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna guru penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian (Concern) terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
Objektif Program ini adalah:
1. Menyumbang ke arah wujudnya masyarakat penyayang di sekolah diantara semua warga sekolah.
2. Menjana generasi yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan berdisplin tinggi.
3. Melahirkan guru dan dan warga sekolah yang 'cakna' terhadap anak didik di sekolah dalm segala aspek.
4. Membina jati diri murid serta dapat mencungkil bakat kepimpinan dalam kalangan mereka setelah mereka rasa selesa dan sentiasa diberi dorongan daripada guru.