Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2012



Sambutan Maulidur Rasul tahun ini bertemakan "PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH". Sambutan tahun ini diadakan dari SK Pasir Tinggi ke Masjid Kampung Pantai Ali. Majlis ini diadakan pada 9 Februari 2012 bersamaan 1433 Hijrah pada jam 7.45 pagi.


Seluruh warga sekolah turut turun padang bagi menjayakan sambutan ini termasuk AJK PIBG. Bermacam-macam slogan serta sepanduk yang dibawa semasa perarakan itu dijalankan.


Selepas perarakan selesai dijalankan murid dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah oleh guru-guru dan AJK PIBG.


Setelah selama 30 minit murid berehat, murid-murid diberi ceramah oleh seorang penceramah dari SK LKTP Bukit Bading.Murid juga diberi cenderamata dalam sesi menjawab soalan y diajukan oleh penceramah.


Majlis berakhir pada jam 1.00 tengah hari bersama-sama makan tengah hari.