Majlis Kesyukuran & Hari Bertemu Pelanggan

Majlis Kesyukuran dan Hari Bertemu Pelanggan merupakan majlis yang pertama kali diadakan pada awal tahun 2012. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara penduduk sekitar dan warga SK Pasir Tinggi serta meraih Penyampaian Anugerah Kecemerlangan UPSR 2011. 

Penyampaian anugerah ini disertakan dengan 12 orang murid tahun 6 yang cemerlang dengan jayanya dalam UPSR. YB Tn. Hj. M. Zawawi bin Ismail (PJK) iaitu Adun Kuala Berang turut diundang bagi memeriahkan majlis ini. Majlis ini yang bermula seawal pagi pada 18 Januari 2012 dengan bergotong-royong dalam penyembelihan lembu, memasak lauk pauk oleh warga sekolah dan penduduk kampung dan diakhiri dengan jamuan tengah hari pada jam 12.45 tengahari.