Hari Raya Aidilfitri

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah tahun ini diadakan pada 8 September 2012 di Dewan SK Pasir Tinggi. Sambutan tahun ini melibatkan semua warga sekolah dan penduduk kampung yang berdekatan. Pelbagai juadah disediakan untuk tetamu yang hadir ke sambutan ini seperti, nasi minyak, lemang, ketupat, tapai, laksa, kuih muih dan banyak lagi.
      Objektif sambutan ini adalah
  1. memperkukuhkan lagi hubungan antara murid-murid. 
  2. Saling hormat menghormati dan bermaaf-maafan sesama murid dan guru serta tetamu yang hadir.
  3. menghayati bulan-bulan kebesaran islam
  4. Memberi ruang kepada warga sekolah berkongsi kegembiraan dalam suasana hari raya dalam semua peringkat.
  5. mengembang hubungan akrab untuk semua dalam menyemai sifat keterbukaan dan penerimaan.