SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2012







Pada tanggal keramat 16 Mei 2012 baru-baru ini, warga SK Pasir Tinggi telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Seramai 19 orang guru SKPT, 4 orang kakitangan pejabat beserta 5 orang guru KAFA telah sama-sama diraikan di dalam majlis yang gilang-gemilang itu.


Pelbagai jenis acara dengan penyertaan daripada semua warga guru dan kakitangan SKPT dapat dijalankan dengan jayanya bermula pada 15 Mei 2012 iaitu pertandingan ping-pong antara para guru serta kakitangan sekolah . Sambutan kali ini telah dirasmikan oleh En. Yusof Bin Embong, Pegawai Perhubungan Sekolah selaku wakil kepada Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu yang tidak dapat bersama-sama menyertai kemeriahan sambutan tersebut.


Perjalanan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2012 seperti berikut:
7.30 pagi
- Murid berkumpul di dataran perhimpunan sebelum masuk ke dalam dewan.

8.00 pagi
- Ketibaan wakil Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu.

8.30 pagi - Perarakan masuk para guru dan kakitangan sekolah bersama-sama wakil Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu ke dalam dewan oleh murid-murid.

9.00 pagi
- Bacaan Doa

Perutusan-perutusan:
- Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (GPK Kokurikulum) - Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (GPK Hal Ehwal Murid) - Menteri Pelajaran Malaysia (GPK Pentadbiran dan Kurikulum) - Ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar, YM Tuan Abdul Manaf B. Tuan Mamat - Ucapan perasmian oleh wakil Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu,En. Yusof Bin Embong, Pegawai Perhubungan Sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu.

Nyanyian:
- Lagu Guru Malaysia - Lagu tema 'Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Negara' - Bacaan ikrar oleh semua guru
- Memotong kek - Penyampaian hadiah dan cenderamata kepada semua guru dan wakil Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu. - Pemberian hadiah oleh murid-murid kepada para guru - Jamuan makan - Sesi bergambar - Sukaneka - Pertandingan gubahan dan solekan pengantin - Karaoke - Pengagihan makanan untuk semua murid

1.30 ptg
- Majlis bersurai




























































Lawatan Pemantauan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia

Pada 7-8hb Mei 2012 SK Pasir Tinggi telah dilawati oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia seramai 3 orang pegawai yang diketuai oleh Tn. Hj. Ramli Bin Abdullah (Timbalan Ketua Nazir Negeri) bertujuan untuk memantau berdasarkan data Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2011 (SKPM) yang telah diisi melalui laman web SKPM.

Pemantauan mereka banyak menjurus kepada P&P dan juga fail-fail panitia setiap mata pelajaran. Berdasarkan pemantauan oleh Jemaah Nazir ini, pihak SK Pasir Tinggi telah diberikan gelaran 'Harapan' berdasarkan peratusan yang diperolehi.

Tahniah diucapkan kepada semua warga SKPT!!!!!