Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform tahun ini diadakan di Pusat rekreasi Sungai Lawit, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada 5-7 April 2012. Perkhemahan ini dianggotai oleh pasukan Pengakap seramai 29 peserta dan Puteri Islam seramai 24 peserta. Program ini dimulakan dengan melapor diri di sekolah pada jam 10.00 pagi dan bertolak ke tapak perkhemahan dengan menaiki bas yang disediakan. Pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang perkhemahan ini dijalankan seperti kawad kaki, mencari harta karun, malam kebudayaan dan lain-lain. Objektif perkhemahan ini adalah:


  • Mendedahkan murid kepada aspek-aspek asas perkhemahan
  • Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktivitikehidupan seharian secara teratur dan berdisiplin.
  • Mendedahkan para peserta kepada kemahiran dalam kehidupan
  • Memberi peluang kepada peserta menjalani latihan-latihan yang lasak dan mencabar.
  • Memberi peluang kepada peserta mengembangkan aktiviti masing-masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan.
  • Membimbing murid dalam menghayati dan mengamalkan rukun-rukun agama dan dan kehidupan bermoral.